Sunday, September 30, 2012

MEMBUAT REKAAN DAN CORAK


Membuat Rekaan dan Corak menggunakan teknik capan. Berbagai bahan di sekeliling kita boleh dijadikan motif untuk menghasilkan berbagai corak menggunakan teknik capan.



Capan menggunakan daun



Capan menggunakcaan bawang dan kentang




Capan menggunakan daun




Capan tangan




TEKAT


BATIK CANTING


BATIK LUKIS


PENINDIH KERTAS

Assalamualaikum.
Kali ini Blog Dunia Seni Kami akan memaparkan cara-cara untuk membuat penindih kertas. Aktiviti ini sesuai dijalankan oleh guru-guru seni dalam bidang Melukis dan Membuat Gambar.

 Bahan yang digunakan ialah:


Batu sungai, 
warna akrilik / cat minyak
berus, 
bekas pembancuh warna
air, 
pensel dan surat khabar

Lakarkan gambar yang dikehendaki di atas permukaan batu. Warnakan dengan akrilik atau cat minyak.
Semburkan ‘clear spray’ untuk mendapatkan permukaan yang ber kilat. 












Inilah contoh hasilnya. 

Saturday, September 29, 2012

Membuat Key Chain

Kali ini,blog Dunia Seni Kami akan memaparkan cara membuat key chain. Ia juga boleh dijadikan hiasan pada beg dan bekas pensel.




Bahan-bahan untuk membuat key chain:
Kain felt, fiber, butang hiasan,
gunting, benang, jarum 
dan bentuk tulisan.

Mulakan dengan melakarkan dua bentuk yang digemari di atas kain felt.


Kemudian gunting huruf dari kertas dan gamkan pada kain felt yang berlainan warna. Guntingkan dan ambil huruf dari kain felt sahaja.

Huruf tersebut digamkan pada kain felt yang berwarna merah kemudian jahitkan butang pada kain tersebut.
 Jahit reben pada hujung kepingan atas salah satu bentuk tadi. Kemudian lapiskan pada bentuk yang satu lagi dan jahitkan dengan jahitan insang pari. Tinggalkan  sedikit bahagian yang tidak berjahit.
 Masukkan fiber ke dalam bentuk hati tersebut dan jahitkan hingga selesai.




Key Chain yang telah siap boleh dijadikan hiasan pada tepi beg,bekas pensel dan lain-lain.




Selamat mencuba.












































Thursday, September 27, 2012

Selamat sejahtera kepada pengunjung blog kami.
Blog Dunia Seni Kami memaparkan berbagai aktiviti seni yang boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran seni visual di sekolah rendah. Terdapat juga aktiviti seni yang bukan sahaja sesuai untuk pendidikan seni di sekolah rendah malahan juga sesuai diperingkat pra sekolah.