Saturday, September 29, 2012

Membuat Key Chain

Kali ini,blog Dunia Seni Kami akan memaparkan cara membuat key chain. Ia juga boleh dijadikan hiasan pada beg dan bekas pensel.




Bahan-bahan untuk membuat key chain:
Kain felt, fiber, butang hiasan,
gunting, benang, jarum 
dan bentuk tulisan.

Mulakan dengan melakarkan dua bentuk yang digemari di atas kain felt.


Kemudian gunting huruf dari kertas dan gamkan pada kain felt yang berlainan warna. Guntingkan dan ambil huruf dari kain felt sahaja.

Huruf tersebut digamkan pada kain felt yang berwarna merah kemudian jahitkan butang pada kain tersebut.
 Jahit reben pada hujung kepingan atas salah satu bentuk tadi. Kemudian lapiskan pada bentuk yang satu lagi dan jahitkan dengan jahitan insang pari. Tinggalkan  sedikit bahagian yang tidak berjahit.
 Masukkan fiber ke dalam bentuk hati tersebut dan jahitkan hingga selesai.




Key Chain yang telah siap boleh dijadikan hiasan pada tepi beg,bekas pensel dan lain-lain.




Selamat mencuba.












































No comments:

Post a Comment